Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Jerman perketat peraturan COVID menjelang musim luruh, musim sejuk

    BERLIN, 24 OGOS – Kabinet pimpinan Canselor Jerman, Olaf Scholz hari ini meluluskan undang-undang yang memastikan langkah perlindungan asas terhadap pandemik coronavirus diteruskan semasa musim luruh dan musim sejuk apabila kes dijangka akan terus meningkat.

    Pengumuman peraturan baharu itu yang mewajibkan pemakaian pelitup muka jenis N95 dalam semua perjalanan jarak jauh dengan menggunakan kereta api dan bas serta dalam pesawat.

    Walau bagaimanapun, tular gambar yang menunjukkan Scholz dan Menteri Ekonomi Jerman, Robert Habeck terbang ke Kanada pada awal minggu lalu tanpa memakai pelitup muka.

    Gambar-gambar itu mencetuskan kritikan orang ramai terhadap dakwaan dwi-standard untuk ahli politik dan orang biasa.

    Menteri Kehakiman, Marco Buschmann (gambar-AP) dan Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach berkata kepada pemberita peraturan pandemik baharu yang dikenakan ke atas tentera udara Jerman yang mengendalikan penerbangan kerajaan adalah dikenakan ke atas semua orang dalam penerbangan termasuk pengusaha perniagaan dan wartawan Jerman mengambil ujian PCR sebelum menaiki kapal terbang.

    Sebagai tambahan kepada penggunaan wajib pelitup muka jenis N95 semasa perjalanan jarak jauh, langkah baharu itu yang akan berkuat kuasa dari 1 Oktober depan hingga 7 April tahun depan juga akan merangkumi kewajipan di seluruh negara untuk memakai pelitup muka dan melakukan ujian sebelum memasuki hospital, rumah penjagaan dan institusi melibatkan dengan orang yang berisiko tinggi.

    Buschmann menegaskan bahawa tidak akan ada lagi sekatan atau penutupan sekolah, sekalipun wabak itu berkembang semasa musim cuaca sejuk.

    “Pelajar pastinya adalah kumpulan yang paling terjejas akibat wabak itu, terutamanya dari segi melaksanakan hak mereka untuk pendidikan, terutamanya dari segi penutupan sekolah,” kata Buschmann.

    Peraturan baharu itu masih perlu mendapat kelulusan dewan parlimen Jeman, tetapi ia dijangka diluluskan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...