Saturday, January 25, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman pilih ketua baharu Bundesbank

    FRANKFURT, 20 DIS – Kerajaan Jerman hari ini memilih Joachim Nagel untuk menjadi presiden Bundesbank, satu pilihan ‘kesinambungan’ untuk menerajui negara dilanda inflasi melalui tempoh musim harga semakin naik.

    Pencalonan Nagel menandakan salah satu pelantikan pertama terbesar daripada kerajaan baharu Canselor Olaf Scholz, pakatan tiga hala antara Demokrat Sosial, Greens ekologi dan FDP liberal.

    Nagel akan menggantikan presiden yang akan bersara, Jens Weidmann, selepas ketua Bundesbank paling lama yang juga ahli konservatif monetari terkenal itu meletak jawatan pada hujung tahun ini.

    “Individu yang berpengalaman’, Nagel mewakili ‘kesinambungan dalam Bundesbank’ kata menteri kewangan, Christian Lindner dalam Twitter.

    Nagel, 55, mengetahui selok-belok Bundesbank di Frankfurt, menghabiskan 17 tahun mengetuai bahagian pasaran dan jabatan teknologi maklumat.

    Gambar fail bertarikh 24 Februari 2016 menunjukkan Jens Weidmann (kanan) bersama Joachim Nagel. – AFP

    Sejak 2020, dia menjadi ketua bersama jabatan perbankan di Bank International Settlements, dianggap pusat bank daripada bank-bank pusat.

    Rapat dengan ahli Demokrat Sosial Scholz, Nagel dilihat sebagai pilihan kesepakatan bersama ahli konservatif ekonomi dalam FDP, Lindner.

    Pelantikannya, yang akan dibuat secara rasmi dalam masa beberapa hari akan datang, muncul ketika waktu sukar bagi bank-bank pusat seluruh dunia.

    Inflasi di Jerman meningkat lebih lima peratus pada November, di atas purata Eropah, menekan peningkatan dalam harga tenaga dan kekurangan dalam material serta komponen berkaitan pandemik koronavirus.

    Kenaikan harga telah menyebabkan beberapa kebimbangan di Jerman yang pernah mengalami inflasi teruk pada 1920an.

    “Ekoran risiko inflasi, kepentingan dasar monetari berorientasikan kestabilan adalah meningkat,” kata Lindner dalam Twitternya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda