Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Jerman raih kejuaraan Piala Dunia Bola Keranjang pertama

    MANILA, 11 SEPT – Ketua jurulatih Jerman, Gordon Herbert memuji sikap Pasukan Jerman yang mengutamakan pasukan selepas mereka menewaskan Serbia untuk memenangi Piala Dunia Bola Keranjang buat kali pertama kelmarin, tanpa kalah sepanjang kejohanan.

    Jerman menewaskan Serbia 83-77 di Manila, melepasi kedudukan pada suku ketiga sebelum bertahan untuk kemenangan dalam penyudah yang menggentarkan.

    Dennis Schroder menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak permainan dengan 28 mata dan turut dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

    Herbert memuji impak pemain point guard Toronto Raptors, Schroder terhadap pasukan, berkata “kami tidak akan berada di sini tanpa dia dan dia tidak akan berada di sini tanpa pasukan.”

    “Saya rasa perkara terbesar bersama pasukan ini ialah kami seronok berada di sini,” kata Herbert.

    “Saya tidak boleh mengatakan cukup tentang Dennis Schroder dan apa ertinya dia untuk bola keranjang Jerman.

    “Saya rasa Dennis akan memberitahu awda terlebih dahulu bahawa ini adalah perkara yang diutamakan pasukan,” tambahnya. – AFP

    Pasukan Jerman meraikan kemenangan selepas memenangi perlawanan kejuaraan Piala Dunia Bola Keranjang di Manila, Filipina pada 10 September. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...