Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jerman sedia berdepan kekurangan bekalan gas

    BERLIN, 3 JULAI – Ketua agensi pengawal atur Jerman menegaskan agar para penduduk menjimatkan bekalan tenaga dan bersedia untuk menempuhi musim sejuk yang akan datang, ketika penggunaan tenaga sedemikian meningkat serta dikhuatiri Rusia akan menghentikan bekalan gas asli, kelmarin.

    Presiden Agensi Rangkaian Persekutuan, Klaus Mueller menekankan kepada pemilik rumah dan pangsapuri agar memastikan pemanas dan radiator diperiksa dan efisien untuk digunakan nanti.

    “Penyelenggaraan boleh mengurangkan penggunaan gas dari 10 peratus kepada 15 peratus,” katanya kepada akhbar dan majalah Jerman, Funke Mediengruppe.

    Sementara itu, Mueller berkata penduduk dan pemilik hartanah perlukan tempoh masa selama 12 bulan sebelum bermulanya musim sejuk untuk bersedia.

    Selain daripada itu, beliau juga menegaskan agar orang ramai terutamanya dalam keluarga untuk membincangkan mengenai penggunaan tenaga pada masa musim sejuk akan datang ini.

    Rayuan tersebut dibuat selepas Rusia mengurangkan bekalan gas ke Jerman, Itali, Austria, Republik Czech dan Slovakia pada awal bulan ini, ketika negara-negara Kesatuan Eropah (EU) bergelut untuk mengisi semula kemudahan mereka dengan bahan bakar untuk penggunaan elektrik, industri tenaga dan membekalkan kepanasan pada musim sejuk.

    Sementara itu, syarikat tenaga yang dimiliki Rusia, Gazprom menyalahkan kekurangan dalam bekalan gas asli itu adalah disebabkan masalah teknikal, melalui Nord Stream 1, iaitu satu saluran paip yang beroperasi di bawah Lautan Baltic dari Rusia ke Jerman.

    Syarikat tersebut berkata peralatan di Kanada yang menjalani proses penyelenggaraan pada masa ini terhenti kerana sekatan oleh negara-negara Barat yang disebabkan peperangan yang berlaku di Ukraine.

    Pemerintah Jerman menafikan penjelasan tersebut dan menganggap langkah berkenaan adalah salah satu tindakan berunsur politik yang ditujukan kepada Rusia selepas pencerobohan negara tersebut ke atas Ukraine. – AP

    Gambar fail menunjukkan sistem saluran paip Nord Stream 1 yang ditutup, di Lautan Baltic, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...