Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jerman setuju miliknegarakan firma gas Uniper

    BERLIN, 21 SEPT – Jerman telah mencapai satu perjanjian untuk memiliknegarakan syarikat gas Uniper, ketika sektor tenaga di negara itu pulih daripada kesan peperangan Rusia di Ukraine.

    Berlin dan pemilik Uniper, Fortum, mengumumkan perjanjian yang akan memberikan Jerman 98.5 peratus saham dalam syarikat gas yang dibebani hutang itu.

    “Uniper merupakan tonggak bekalan tenaga Jerman,” kata kementerian ekonomi dalam satu kenyataan.

    Di bawah perjanjian itu, Berlin akan menyuntik wang tunai berjumlah lapan bilion euro dalam Uniper dan membeli saham bernilai 500 juta euro daripada pemegang saham majoriti, syarikat tenaga milik kerajaan Finland, Fortum.

    Fortum juga akan dibayar balik untuk pinjaman berjumlah lapan bilion euro yang diberikannya kepada Uniper.

    “Di bawah keadaan sekarang dalam pasaran tenaga Eropah serta mengiktiraf situasi genting yang dihadapi Uniper, penjualan Uniper merupakan langkah betul, bukan sahaja untuk Uniper tetapi juga untuk Fortum,” kata ketua eksekutif Fortum Markus Rauramo.

    “Peranan gas di Eropah pada asasnya telah berubah sejak Rusia menyerang Ukraine, begitu juga dengan prospek portfolio gas. Akibatnya, kes perniagaan untuk kumpulan itu tidak lagi relevan,” kata Rauramo dalam satu kenyataan.

    Salah satu pengimport terbesar gas Rusia, Uniper telah berdepan masalah ketika Moscow mengurangkan bekalan ke benua itu susulan serangannya ke atas Ukraine pada Februari.

    Fortum berkata Uniper telah mencatat kerugian berjumlah 8.5 bilion euro dan ‘tidak dapat memenuhi peranannya sebagai pembekal penting bekalan di bawah nama syarikat milik swasta.’ – AFP

    Ketua Pegawai Eksekutif Fortum, Markus Rauramo semasa menghadiri sidang media di Helsinki kelmarin selepas kerajaan Jerman memeterai perjanjian memiliknegarakan Uniper. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...