Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman tegah penggunaan simbol ‘Z’

    BERLIN, 28 MAC – Pihak berkuasa Jerman sedang mempertimbangkan sama ada untuk mendakwa orang yang menggunakan simbol ‘Z’ untuk menunjukkan sokongan terhadap serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Tentera Rusia di Ukraine telah melukis huruf Z di bahagian tepi kenderaan dan ia telah diterima pakai oleh sesetengah pihak di Rusia sebagai simbol sokongan terhadap apa yang disifatkan oleh Kremlin sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ di negara jiran itu.

    Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Jerman berkata hari ini bahawa perkhidmatan keselamatan menyedari simbol itu juga digunakan dalam perhimpunan di Jerman.

    Jurucakap, Marek Wede, memberitahu wartawan di Berlin bahawa abjad itu boleh dalam keadaan tertentu dianggap sebagai tanda sokongan terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    “Serangan Rusia ke atas Ukraine adalah satu jenayah dan sesiapa yang secara terbuka menyokong perang ini boleh didakwa sebagai perbuatan jenayah,” kata Wede.

    Beliau menambah bahawa pihak berkuasa persekutuan mengalu-alukan pengumuman oleh beberapa negeri Jerman untuk menyiasat sama ada contoh individu penggunaan ‘Z’ merupakan tindakan jenayah. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda