Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Jerman terus saksikan peningkatan kes COVID

    BERLIN, 16 MAC – Kes jangkitan harian COVID di Jerman mencatat angka tertinggi hari ini susulan subvarian baharu Omicron yang sedang menular di seluruh negara.

    Agensi kawalan penyakit negara, Institut Robert Koch (RKI), mengesahkan 262,593 kes baharu direkodkan dengan 269 kematian dalam tempoh 24 jam lepas, lapor agensi Anadolu.

    Kelonggaran peraturan anti-COVID sejak bulan lepas dan penyebaran subvarian Omicron BA.2 menjadi faktor utama lonjakan kes.

    Subvarian baharu, lebih mudah menular berbanding strain Omicron BA.1, kini menyumbang lebih 48 peratus kes di Jerman, menurut RKI.

    Meskipun terdapat lonjakan jangkitan, majoriti kes Omicron setakat ini adalah ringan, serta tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

    Menurut pakar, kadar pemberian vaksin yang tinggi dalam kalangan warga emas telah mencegah penyakit lebih teruk dan kematian akibat virus itu.

    Hampir 89 peratus individu berumur 60 tahun ke atas sudah lengkap divaksin dan 78 peratus daripadanya telah menerima dos penggalak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...