Jersi milik Obama AS$120,000

NEW YORK, 20 OGOS – Jersi bola keranjang yang pernah dimiliki oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berjaya dijual pada harga AS$120,000, semalam.

Menurut Heritage Auctions, iaitu rumah lelongan dari Dallas, jersi yang memaparkan nombor 23 itu dimiliki ketika Obama berusia 18 tahun, sewaktu beliau belajar di sekolah tinggi Punahou di Hawaii. Jersi itu dianggarkan bernilai AS$100,000 sebelum ini. Obama memang diketahui sebagai peminat sukan bola keranjang dan sering dilihat bermain permainan itu ketika berkhidmat di Rumah Putih, bersama dengan kakitangannya, beberapa selebriti serta tetamu lain. – AFP