Jerudong, Terazza raih kemenangan bergaya

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Setelah tirai kejohanan bermula pada hari jumaat lalu, hari ini dua lagi perlawanan Piala Presiden 2, Kejohanan Bola Sepak Veteran Kebangsaan DST 2017 dijalankan di dua lokasi yang berbeza.

Di Kompleks Sukan Sungai Kebun menyaksikan Pasukan Jerudong menumpaskan Pasukan Setia Bakti B dengan jaringan 3–4, meskipun pada separuh masa pertama perlawanan Pasukan Setia Bakti B mendahului Pasukan Jerudong dengan jaringan 2–0.

Perlawanan berubah rentak pada separuh masa kedua apabila salah seorang penyerang Jerudong dijatuhkan di dalam petak untuk menghadiahkan sepakan penalti, dan secara tidak langsung meniup semangat rakan sepasukkan yang lain untuk terus membuat serangan sehingga memperoleh kemenangan hari ini.

Sementara itu, di Kompleks Sukan Seria pula menyaksikan Pasukan Terazza tampil pemenang apabila berjaya menumpaskan Pasukan Penaga 2000 dengan jaringan 2–0.

Barisan pemain Terazza muncul pemenang perlawanan dengan menewaskan Pasukan Penaga 2000 di Kompleks Sukan Seria.
Barisan pemain Terazza muncul pemenang perlawanan dengan menewaskan Pasukan Penaga 2000 di Kompleks Sukan Seria.