Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Jessica Iskandar ditipu rakan

    Pelakon Jessica Iskandar mendedahkan dia mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat ditipu oleh seorang rakan perniagaan.

    Individu yang menjalankan perusahaan sewa kereta itu secara senyap telah menjual beberapa buah kenderaan peribadi milik Jessica.

    Jessica sebelum ini mendedahkan hal tersebut dan turut mendakwa wakil peguam kepada individu bernama Christoper Steffanus Budianto itu turut menipu dalam kes ini.

    Melihat apa yang berlaku sebagai satu hikmah dan pengajaran buatnya, Jessica secara berseloroh memuat naik gambar dia menaiki kenderaan e-hailing.

    “Semenjak semua kereta saya dijual secara senyap oleh Stipen (Christopher), saya dapat merasa pengalaman naik grab,” jelasnya.

    Perkara tersebut turut dijawab oleh abangnya iaitu Erick Iskandar yang memberitahu terasa sempit apabila terpaksa naik kenderaan tersebut beramai-ramai. – Agensi

    Jessica Iskandar mendedahkan dia mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat ditipu oleh seorang rakan perniagaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...