Monday, September 26, 2022
23.8 C
Brunei

Jessie J sedih alami keguguran

-

Penyanyi Jessie J berkongsi berita sedih apabila dirinya mengalami keguguran selepas melakukan pemeriksaan buat kali ketiga.

Jessie J menerusi laman Instagram miliknya memberitahu doktor memaklumkan tiada lagi degupan jantung selepas pemeriksaan dilakukan. Mengakui tidak mampu mengawal emosinya, Jessie J memilih untuk meneruskan persembahannya di Los Angeles bagi mengubat hatinya daripada bersedih.

“Selepas melakukan pemeriksaan kali ketiga dan dimaklumkan tiada lagi degupan jantung. Bangun pagi, saya tak dapat nak mengawal emosi saya.

“Saya mungkin akan menyesal berkongsi perkara ini. Atau mungkin tidak. Sebenarnya saya tak tahu. Apa yang saya tahu, saya mahu menyanyi.

“Bukan disebabkan saya mahu mengelak daripada bersedih tapi saya tahu menyanyi dapat membantu saya,” tulis Jessie J.

Dalam pada itu, Jessie J turut mendedahkan dia melalui proses kesuburan untuk mendapatkan zuriatnya sendiri. – Agensi

Jessie J tidak dapat mengawal emosi selepas dimaklumkan dirinya mengalami keguguran. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -