Jesus bantu Citizens atasi Leicester

LEICESTER, 23 FEB – Gabriel Jesus berjaya menjaringkan satu gol untuk membantu Manchester City menang ke atas Leicester City Sabtu lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua liga di belakang pendahulu liga Liverpool.

Pasukan Pep Guardiola sedang mengalami minggu yang tidak menentu setelah kelab tersebut digantung dari menyertai kejohanan piala Eropah untuk dua tahun disebabkan oleh pelanggaran peraturan kewangan.

Tetapi gol kemenangan pada separuh masa kedua dari pemain gantian Jesus selepas Sergio Aguero gagal menyempurnakan sepakan penalti, telah meletakkan Citizens 17 mata di hadapan ke atas tempat ke-5 liga, Tottenham.

Momen penentuan hadir selepas satu jam perlawanan apabila Manchester City diberikan sepakan penalti, selepas pemeriksaan dari VAR mengesahkan pemain Leicester City, Dennis Praet, dilihat memegang bola di dalam kawasan kotak penalti.

Aguero menyepak bola dengan kencang pada bahagian tengah gawang tetapi Schmeichel berjaya menghalang bola menggunakan kaki beliau, dan menghalang percubaan pemain Argentina tersebut dengan kaki kiri beliau.

Guardiola mengeluarkan Aguero dengan Jesus, kurang dari satu perempat jam perlawanan sebelum tamat, dan ia telah mengubah nasib pasukan City setelah Jesus menerima umpanan dari Mahrez kemudian menyudahkan bola tersebut melepasi Schmeichel.

City yang memenangi tiga perlawanan mereka berturut-turut di Piala Liga, akan bersaing menentang Aston Villa di Wembley pada minggu hadapan, akan membuat rayuan terhadap penggantungan mereka di Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS). – AFP

Reaksi Gabriel Jesus (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan Riyad Mahrez (kanan) ketika kemenangan Manchester City menentang Leicester City di Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu. – AP