Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jet Myanmar cabuli ruang udara, Thailand kerah F-16

    BANGKOK, 30 JUN – Thailand mengerahkan pesawat F-16 selepas sebuah jet Myanmar, yang terbabit dalam pertempuran dengan pejuang-pejuang antirampasan kuasa, mencabuli ruang udaranya, pegawai-pegawai berkata hari ini, ketika seorang perwakilan serantau yang menggesa bagi dialog mengadakan lawatan ke Yangon.

    Pertempuran di timur Myanmar telah bertambah buruk sejak pemberontakan tentera tahun lalu menyingkirkan kerajaan awam yang dipimpin Aung San Suu Kyi, dengan beribu-ribu orang melarikan diri ke Thailand untuk mengelakkan keganasan, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Konflik itu telah mencetuskan kebimbangan jiran-jiran Myanmar, dengan seorang perwakilan khas dari blok serantau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) memulakan lawatan pada Rabu untuk cuba melancarkan rundingan-rundingan antara tentera dan pembangkang.

    Bangkok mengerahkan dua pesawat pejuang selepas “sebuah pesawat tidak dikenali merentasi Thailand di wilayah Tak” sebelum hilang dari radar, Tentera Udara Diraja Thailand berkata dalam satu kenyataan.

    Atase tentera udara Thailand di Yangon telah diminta untuk “menyelaraskan dengan agensi-agensi berkaitan di Myanmar bagi menghantar amaran dan mencari langkah-langkah pencegahan pada masa hadapan”, tentera udara itu berkata.

    Seorang pegawai di wilayah Tak memberitahu AFP bahawa “beberapa peluru” telah menyeberang sempadan di Thailand semasa pertempuran di Myanmar pada Rabu.

    “Kami telah menghantar satu mesej amaran kepada Myanmar kelmarin dan hari ini” mengenai serangan mendadak udara berkenaan, kata pegawai itu, yang enggan dikenali. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...