Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Jet pejuang UK ‘pintas, iringi’ 4 pesawat Rusia

    LONDON, 3 FEB – Jet pejuang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) kelmarin “memintas dan mengiringi” empat pesawat tentera Rusia keluar dari kawasan kepentingan United Kingdom (UK) di luar pesisir pantai Scotland.

    Jet pejuang Typhoon itu berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Lossiemouth di Moray dan turut disertai pesawat tangki pengisian minyak Voyager dari Tentera Udara Diraja Brize Norton di Oxfordshire, kata RAF dalam satu kenyataan, lapor agensi Anadolu.

    “Jenis pesawat Rusia ialah Tupolev Tu-95 Bear H dan Tupolev Tu-142 Bear F,” katanya.

    “Jet pejuang Typhoon kami mengiringi pesawat Rusia itu keluar dari kawasan kepentingan UK dan tanah berdaulat UK.”

    Operasi itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Rusia dan kuasa Barat berhubung penempatan tentera Rusia di sepanjang sempadan Ukraine.

    Kelmarin, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyatakan beliau “amat bimbang” dengan “tindakan bermusuhan semasa” Rusia di sempadan Ukraine dalam satu perbualan telefon dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

    Johnson menggesa satu penyelesaian yang menghormati integriti wilayah Ukraine dan hak negara itu untuk mempertahankan diri, menurut jurucakap Downing Street.

    “Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang pencerobohan Rusia ke wilayah Ukraine akan mencetuskan salah faham yang tragik,” tambah jurucakap itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...