Jet tentera terhempas, dua maut

ISLAMABAD, 13 APRIL – Sebuah jet pejuang Pakistan hari ini terhempas ketika misi latihan rutin berhampiran bandar Gujrat di wilayah timur Punjab, meragut nyawa kedua-dua pengajar dan pelatih, menurut tentera.

Tiada kemalangan jiwa di daratan, kata tentera, tanpa menjelaskan secara terperinci.

Kemalangan seumpamanya sering berlaku di Pakistan, namun tentera lazimnya tidak mengeluarkan kenyataan terperinci mengenainya.

Nahas terbaharu itu berlaku selepas beberapa minggu seorang juruterbang Air Force maut selepas jet pejuang F-16 dikemudinya terhempas berhampiran ibu negara, Islamabad ketika latihan menjelang sambutan Hari Kebangsaan. – AP