Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jet tentera udara Thai terhempas ketika latihan

    BANGKOK, 8 MAC – Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas semasa menjalani sesi latihan di timur laut wilayah Chaiyaphum pada Selasa.

    Bagaimanapun, juruterbangnya terselamat dan mengalami cedera ringan selepas melenting keluar dari pesawat dan mendarat di kawasan sawah menggunakan payung terjun. Jurucakap RTAF Naib Marsyal Udara, Prapas Sornchaidee, berkata kejadian berlaku kira-kira 1:40 petang (waktu tempatan) selepas jet itu dipercayai mengalami kerosakan. 

    “Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai nahas itu.

    “Pasukan penyiasat turut dihantar ke lokasi nahas untuk menjalankan siasatan,” katanya.

    Media tempatan melaporkan juruterbang kini menerima rawatan di hospital terdekat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...