Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jet terbakar di Miami

    MIAMI, 22 JUN – Penyiasat bergegas menuju ke Miami kelmarin selepas gear pendaratan jet penumpang rosak dan ia terbakar ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa di bandar raya Amerika Syarikat (AS) itu, kata pihak berkuasa.

    Penumpang dimasukkan ke hospital selepas pesawat Red Air Penerbangan 203 terhempas lewat kelmarin, menurut pegawai bomba, Miami-Dade, tetapi tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan dalam kalangan 140 orang penumpang di dalamnya.

    Rakaman video dramatik menunjukkan orang ramai dipindahkan dari pesawat McDonnell Douglas MD-82 yang terbaring senget di atas landasan dengan bahagian hadapannya renyuk ketika asap hitam tebal berkepul keluar dari badan pesawat tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...