Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    JetBlue beli Spirit Airlines AS$3.8 bilion

    NEW YORK, 29 JULAI – JetBlue Airways merancang membeli syarikat penerbangan tambang murah Spirit Airlines dengan harga AS$3.8 bilion, umum syarikat semalam, dalam perjanjian yang akan mewujudkan syarikat penerbangan AS kelima terbesar.

    Pengambilalihan itu, yang memerlukan kelulusan badan pengawal selia, diumumkan sehari selepas Spirit membatalkan gabungan dengan Frontier Group berikutan bidaan JetBlue untuk mencabar transaksi itu.

    Menerusi penggabungan itu, syarikat berupaya mencabar syarikat penerbangan gergasi AS American, Delta, United dan Southwest. Mereka menjangkakan penjimatan tahunan sebanyak AS$600-AS$700 juta dengan menyertai gabungan tersebut, menurut kenyataan bersama daripada Spirit dan JetBlue.

    Transaksi tunai menyelaras harga tersebut sekiranya perjanjian ditangguhkan disebabkan cabaran peraturan. Harga adalah AS$33.50 sesaham jika transaksi selesai pada Disember 2023.

    Namun harga akan naik kepada AS$34.15 sesaham jika transaksi dimuktamadkan pada Julai 2024.

    JetBlue juga bersetuju untuk membayar Spirit bayaran AS$70 juta dan pemegang saham Spirit AS$400 juta ‘dalam situasi sekiranya perjanjian tidak dimeterai atas sebab-sebab antipersaingan,’ menurut kenyataan akhbar.

    Susulan cabaran JetBlue terhadap perjanjian Spirit-Frontier, pemimpin Spirit, termasuk Ketua Eksekutif Ted Christie, telah menyifatkan transaksi JetBlue sebagai pertaruhan berisiko disebabkan isu antipersaingan, kerana mereka terus menyokong gabungan dengan Frontier.

    Meskipun pemimpin Spirit terus menyokong transaksi Frontier, mereka berdepan masalah dengan pemegang saham Spirit yang ingin premium JetBlue. Spirit terpaksa menunda pengundian pelabur mengenai perjanjian Frontier sebelum membatal transaksi semalam. – AFP

    Jet Spirit Airlines terletak di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando di Orlando, Florida. JetBlue akan membeli Spirit Airlines dalam perjanjian AS$3.8 bilion selepas Spirit dan Frontier Airlines membatalkan cadangan penggabungan mereka. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...