Jetcraft Commercial kembang di Asia

LONDON, 14 OKT – Jetcraft Commercial, bahagian pesawat komersial bagi firma perdagangan pesawat global Jetcraft, hari ini mengumumkan pelantikan Christophe Potocki sebagai Naib Presiden Jualan.

Berpusat di Singapura, Potocki akan menyokong aktiviti komersial global Jetcraft dengan tumpuan di rantau Asia. Beliau membawa bersama pengalaman penerbangan komersial selama 20 tahun kepada peranan beliau, yang terakhir berkhidmat sebagai Ketua Asia-Pasifik untuk Avions de Transport Regional (ATR) di mana beliau menyelaraskan perjanjian untuk lebih 20% bagi semua penjualan pesawat.

Raphaël Haddad, Presiden bagi Jetcraft Commercial, berkata: “Ketika kami terus memperluaskan jejak kehadiran kami di peringkat antarabangsa, adalah sangat penting bagi kami untuk mempunyai pasukan yang tepat bagi menggerakkan urusan komersial di seluruh Asia dan seterusnya.

“Pengalaman Potocki yang mengagumkan dalam penjualan pesawat dan kemahiran dalam pemasaran, strategi dan sokongan pelanggan menyampaikan satu gabungan yang berpotensi untuk pertumbuhan kami yang berterusan dalam aktiviti komersial global. Kami yakin pelantikan beliau akan mempengaruhi pasukan itu.”

Jetcraft Commercial dilancarkan pada tahun 2015, dengan memanfaatkan pada kehadiran dan pengalaman antarabangsa Jetcraft yang sedia ada untuk menawarkan pelanggan dengan sebuah rakan yang tangkas di dalam komuniti penjualan dan penyewaan pesawat komersial. – Bernama

Jetcraft Commercial mengumumkan pelantikan Christophe Potocki sebagai Naib Presiden Jualan. – Bernama