Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jeti bekas bomba ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara jeti bekas bomba di Jalan Residency berhampiran Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa penutupan sementara jeti berkenaan adalah disebabkan struktur jeti berkenaan yang didapati tidak selamat untuk digunakan.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan orang ramai untuk menggunakan jeti berhampiran di tempat penurunan ke Temburong dan diingatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi tanda-tanda yang telah disediakan.

    Peta menunjukkan lokasi jeti berkenaan yang ditutup sementara disebabkan keadaan struktur yang tidak selamat. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...