Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Jetro perluas program makanan Nara

NARA, 19 MAC – Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) akan mengembangkan program pemasarannya untuk mempromosikan makanan dari wilayah Nara dengan memasukkan segmen perniagaan-kepada-pengguna (B2C) di Malaysia.

Ketua Pengarah Jetro, Nara Mikiko Kigawa berkata pengembangan program itu bertujuan untuk mewujudkan saluran jualan stabil bagi produk makanan Nara di Malaysia dengan memanfaatkan padanan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) antara pembekal makanan Nara dan pembeli berpotensi Malaysia serta memperkenalkan keaslian dan keunikan budaya makanan dari wilayah di Jepun itu.

Beliau berkata produk makanan asli dan sihat dari Nara mempunyai potensi tinggi dalam pasaran Malaysia, yang semakin menunjukkan minat terhadap makanan dari Jepun.

“Mulai 1 April 2023, program kami akan beralih ke fasa baharu berdasarkan kepada pencapaian besar kami setakat ini. Ia bermakna Jetro Nara memulakan promosi pasaran B2C bagi perniagaan runcit atau restoran,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini sempena dengan program promosi makanan Nara anjuran Jetro.

Program promosi makanan Nara ketika ini menumpukan kepada membina hubungan perniagaan antara pengeluar makanan Nara dan pembeli berpotensi di Malaysia.

Sejak September 2022, Kigawa berkata Jetro Nara telah mengatur lebih 20 padanan B2B, menyasarkan terutamanya produk sihat dan asli yang termasuk makanan mesra Muslim seperti teh, mi somen, nasi dan kakigori (pencuci mulut).

“Kami sedang mencari peluang pasaran untuk memperkenalkan makanan tradisional Nara yang berkualiti tinggi ke Malaysia, termasuk kepada pengguna Muslim,” katanya. – Bernama

Kakitangan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) mengunjungi kilang Ikeri Co Ltd yang mengeluarkan mi somen. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -