Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ji Hyo cekap guna bahasa isyarat

    Pelakon, Song Ji Hyo mendapat pujian warganet selepas video dia melayan peminat Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat pendengaran ketika kunjungan ke Malaysia baru-baru ini tular di media sosial.

    Apa lebih membuat peminat kagum, aktres terkenal Korea Selatan ini mampu berinteraksi menggunakan bahasa isyarat dengan baik.

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh peminat di aplikasi TikTok, Ji Hyo dilihat cekap menggunakan bahasa isyarat sewaktu sesi bertemu peminat.

    “Song Ji Hyo tahu menggunakan bahasa isyarat sewaktu dia berkomunikasi dengan peminat.

    “Dia seorang pelakon yang baik hati dan terbaik,” tulisnya.

    Penampilan ringkas Ji Hyo turut mendapat perhatian ramai. – Agensi

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata memberikan pujian terhadap pelakon itu malah menyifatkan dia bintang terkenal dari Korea Selatan yang tidak sombong dan ramah melayan peminat.

    “Ini sangat luar biasa kerana bukan semua orang boleh berbahasa isyarat. Ji Hyo adalah insan yang istimewa.

    “Sumpah dia yang terpaling best dalam pertemuan peminat setakat ini.Tak ada yang boleh lawan dia. Sangat baik melayani semua peminat.

    “Adakah semua peminat memanggil Ji Hyo sebagai bidadari? Dia sangat baik dan sweet,” tulis warganet.

    Pada 17 Mac lalu, Ji Hyo selaku duta sebuah jenama telah menghadiri acara Watson K-Beauty Festa yang diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

    Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon itu turut memuat naik foto berada di depan Pavilion Kuala Lumpur dan penampilannya sekali lagi dipuji peminat kerana hanya memakai selipar. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...