Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Ji Hyo saman syarikat pengurusan

    Pelakon Song Ji Hyo memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya atas dakwaan gagal membayar tuntutan gaji sebelum ini.

    Ji Hyo bertindak demikian pada Selasa selepas syarikat Uzorocks sekali lagi melanggar perjanjian mereka yang mahu menjelaskan bayaran sehari sebelum itu.

    Menurut wakil kepada Ji Hyo, aktres tersebut memulakan tindakan undang-undang kerana tidak lagi mempercayai janji dari pihak terbabit.

    “Pihak Uzorocks sudah beberapa kali melepasi tarikh perjanjian dalam soal pembayaran gaji.

    “Song Ji Hyo tidak boleh menunggu lagi dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas kepercayaannya dikhianati,” ujar wakil terbabit.

    Tunggakan tersebut termasuk pembayaran untuk Ji Hyo dalam dalam beberapa program televisyen.

    Menurut laporan sebelum ini, syarikat berkenaan sudah lama berdepan dengan masalah kewangan sehingga tidak mampu membayar artis di bawah naungan mereka serta gaji bulanan pekerja.

    Pada 14 April lalu, Ji Hyo juga telah menghantar notis kepada Uzorocks untuk tidak lagi bernaung di bawah syarikat itu. – Agensi

    Ji Hyo tegas menuntut bayaran gaji tertunggak. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...