Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jiffy.ai kumpul AS$53 juta pembiayaan pusingan Siri B

    PALO ALTO, CALIFORNIA, 15 MAC – JIFFY.ai, sebuah platform automasi pintar kod rendah/tanpa kod yang berasaskan kepada aplikasi yang memenangi anugerah, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan AS$53 juta sebagai sebahagian daripada pusingan pembiayaan Siri B mereka. Eight Roads Ventures, sebuah firma pelaburan global terkemuka yang disokong oleh Fidelity, mengetuai pusingan pelaburan ini, yang termasuk penyertaan daripada firma teroka Iron Pillar, R-Squared dan pelabur sedia ada Nexus Venture Partners, Reaction Capital dan Rebright Partners.

    JIFFY.ai merancang untuk menggunakan pembiayaan itu bagi meningkatkan usaha jualan dan pemasaran mereka dan untuk memajukan platform HyperApp mereka, yang menggabungkan Automasi Proses Robotik (RPA), Pemprosesan Dokumen Pintar dan pengurusan aliran kerja tanpa kod dan penciptaan perisian.

    “Pembiayaan ini akan memajukan misi kami untuk membantu membina perusahaan berautonomi bagi masa depan dengan menggunakan kecerdasan buatan dan automasi untuk mengubah operasi perusahaan,” kata Babu Sivadasan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif JIFFY.ai.

    “Kami memberi tumpuan kepada mengukuhkan platform automasi pintar kami yang akan membolehkan organisasi untuk mengarang, mengkonfigurasi, memantau dan mengekalkan diri mereka sebagai perusahaan berautonomi.

    “Dengan menggunakan platform itu, mereka akan dapat mengumpulkan keupayaan perniagaan automatik yang boleh belajar dan menyesuaikan diri kepada keperluan yang berubah-ubah dengan sedikit atau tiada sumber tambahan dan perbelanjaan operasi. Pelaburan ini adalah pengesahan bagi kemajuan JIFFY.ai yang berterusan sebagai sebuah disruptor atau yang melakukan perubahan radikal di dalam industri melalui inovasi, di dalam ruang RPA dan tanpa kod.”

    Platform gred perusahaan natif awan JIFFY.ai membawa kuasa bagi kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa semula jadi dan analitik kepada pengguna perniagaan. Ia memberi mereka kuasa untuk menyampaikan automasi proses perniagaan hujung ke hujung dan penyelesaian pengurusan kitaran hayat yang meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos OPEX dan memastikan pulangan pelaburan yang lebih pantas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda