LEBAH, tebuan dan semut api – ketiga-tiganya berasal daripada kumpulan Hymenoptera. Serangga daripada jenis ini, biasanya mempunyai penyengat yang mengandungi bisa khas. Bisa ini sering menyebabkan terjadinya alahan kepada mangsa sengatan. Secara umum, kes alahan kepada sengatan hymenoptera banyak terjadi khasnya di negara-negara tropika. Beberapa kes kematian akibat sengatan hymenoptera dilaporkan akhbar, dengan sebilangan kes