Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jika Rig hebat untuk dropshot, punching

    Oleh Raz AS

    Jika sebelum ini penulis pernah memperkenalkan salah satu rig terkenal yang dicipta dari negara matahari terbit, yang dikenali sebagai Tokyo Rig, kali ini penulis ingin memperkenalkan satu lagi rig yang tidak kalah kepopularannya, juga datang dari Jepun yang dikenali sebagai Jika Rig.

    Reka bentuk Jika Rig ini, hampir sama namun tidak serupa dengan Tokyo Rig.

    Jika Tokyo Rig mempunyai sebatang dawai bagi tujuan pemasangan batu ladung, Jika Rig pula hanya terdiri daripada mata kail yang dihubungan dengan batu ladung jenis dropshot dengan menggunakan split ring.

    Sama seperti aksi yang diperolehi dengan Tokyo Rig, batu ladung dropshot ini akan memberikan aksi renangan unik dan pergerakan vertikal yang dapat menarik perhatian ikan.

    Manakala split ring itu pula dapat memberikan kebebasan pergerakan lure ke atas-bawah dan ke kiri-kanan ketika lure dijatuhkan.

    Antara kelebihan Jika Rig adalah untuk digunakan di kawasan yang diliputi tumbuhan atau kaedah punching. – Agensi
    Reka bentuk Jika Rig terdiri daripada mata kail yang dihubungkan dengan batu ladung dropshot menggunakan split ring. – Agensi

    Kekuatan atau kelebihan Jika Rig ini adalah ia direka khas untuk kaedah pancingan dropshot dan punching.

    Antara aplikasi yang boleh dilakukan bersama kaedah dropshot adalah menjatuhkan umpan ke dalam ‘lubang’ di mana ikan selalunya bersembunyi, seperti di celah-celah batu, reba atau struktur. Manakala bagi punching pula ia merupakan kaedah pancingan di mana umpan dijatuhkan di kawasan yang diliputi tumbuhan (heavy vegetation) seperti rumput tebal, teratai dan lain-lain di mana ikan akan menyerang hendap mangsanya yang bersembunyi di sana.

    Walau bagaimanapun penggunaannya tidak terhad pada kawasan-kawasan itu sahaja, Jika Rig juga sesuai digunakan di kawasan dalam.

    Selain untuk kaedah pan- cingan vertikal ia juga boleh digunakan seperti rig lainnya, malah dengan reka bentuknya tu akan memastikan lure akan sentiasa betul-betul berada di atas dasar dan tidak terbenam ke dalam lumpur yang ada di dasar seperti yang boleh ter- jadi ketika menggunakan Texas Rig.

    Meskipun penggunaannya lebih dikenali dalam kalangan pemancing-pemancing spesies air tawar untuk largemouth bass dan smallmouth bass, namun seperti kebanyakan kaedah-kaedah rig lain yang pada awalnya dicipta untuk spesies air tawar, Jika Rig juga bolehlah digunakan untuk memancing spesies air masin atau spesies estuari dengan menyesuaikan kekuatan matakail dan split ring kepada yang lebih tegap.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...