Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jilin dilanda salji lebat

    CHANGCHUN, 13 NOV – Timur Laut China mengalami salji lebat disertai dengan penurunan mendadak suhu pada hujung minggu.

    Harbin, ibu kota Wilayah Hei-longjiang, kelmarin, menerima salji pertama musim sejuk ini, yang menyebabkan jalan raya berais dan memaksa ramai penduduk memakai jaket, topi dan selendang.

    Kedalaman salji di pusat bandar Changchun, ibu kota Wilayah Jilin, adalah 18 sentimeter selepas ribut salji melanda kelmarin. Beberapa bahagian di Wilayah Liaoning menyaksikan salji lebat, dengan suhu menurun sebanyak 10 hingga 12 darjah Celsius.

    Sebagai tindak balas, kumpulan lebuh raya Jilin menghantar 880 set peralatan penyingkiran salji dan pasukan lebih 1,600 orang untuk menjalankan operasi pembersihan salji.

    Lapangan terbang Changchun juga menjalankan operasi penyingkiran salji dan ais di landasan, laluan teksi dan apron.

    Pekerja membersihkan jalan di Changchun, Jilin, China yang dilitupi salji pada 12 November. – Xinhua

    Wang Hong, ketua jabatan kebersihan alam sekitar pentadbiran pengurusan bandar Changchun, berkata bandar itu telah menghantar 16,000 pekerja sanitasi dan lebih daripada 1,700 set kenderaan dan peralatan pembersihan salji.

    Syarikat pemanas di Jilin telah meningkatkan saluran keluar sumber haba mereka sebanyak 3 hingga 5 darjah Celsius untuk berdepan jerampak dingin.

    “Pemanasannya kuat. Saya tidak berasa sejuk langsung,” kata Liu Jia, seorang penduduk Daerah Nangang Harbin. Suhu dalaman rumah Liu ialah 24 darjah Celsius.

    Jabatan hal ehwal pertanian di Jilin dan Liaoning telah menghantar juruteknik untuk membimbing langkah pengurangan bencana di kawasan luar bandar.

    Gelombang hujan dan salji terbaha-ru berakhir pagi ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...