Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jimat cermat sejak kecil

    Perancangan kewangan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seseorang tidak kiralah sama ada muda atau tua bagi memastikan sara diri mencukupi.

    Hal ini termasuklah melakukan amalan menabung yang merupakan salah satu aspek terpenting dalam membina asas kewangan yang kukuh. Sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak-anak sejak kecil lagi bak kata peribahasa yang lazim didengar, ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

    Tawan hati anak-anak mula menabung

    Oleh itu, para ibu bapa seharusnya menjadi role-model terbaik dalam menguruskan sumber kewangan ke arah yang lebih bermanfaat dalam kehidupan sehari-hari.

    Dalam meniti cabaran semasa, peningkatan kos keperluan harian merupakan satu isu yang tiada berkesudahan di mana sahaja kita berada.

    Sehubungan itu, sebagai ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak untuk belajar dalam menguruskan perbelanjaan mereka dari kecil lagi agar tidak menjadi seseorang yang boros.

    Sebagai ibu bapa kita memainkan peranan penting mendidik anak-anak untuk mula menambung sejak kecil lagi. – Agensi

    Begitu juga pentingnya ibu bapa perlu mengetengahkan kepada anak-anak tujuan utama menabung di samping sentiasa menjadi pembakar semangat dalam meneruskan misi menyimpan dari hari ke hari sekali gus menerapkan sikap menabung seikhlas hati walaupun pada mulanya umpama paksaan untuk belajar menabung.

    Anak-anak harus dididik dengan mendisiplinkan diri mereka agar mempunyai peti tabung sendiri di rumah misalnya menyimpan wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka atau menyediakan akaun simpanan khas di bank untuk jangka masa panjang.

    Dengan adanya akaun simpanan berkenaan, setiap kali tabung penuh bawalah mereka sendiri untuk menyimpan di bank agar mereka lebih merasa seronok.

    Menghargai segala usaha anak-anak dalam tabiat menabung adalah wajar dilakukan oleh ibu bapa seperti pujian dan pemberian hadiah agar mereka lebih merasa bersemangat untuk menabung dari hari ke hari.

    Pastinya, segalanya bermula dari sikap ibu bapa itu sendiri yang mana mereka perlu menunjukkan sikap menabung dalam kalangan anak-anak yang sudah pasti ia mampu menawan hati dan minda anak-anak untuk melakukan perkara yang sama.

    Jauhi pembaziran

    Para ibu bapa juga perlu menjelaskan kepada anak-anak akan tujuan dan pen-tingnya amalan menabung agar mereka berminat untuk menabung, menanamkan sifat berjimat cermat, berbelanja dengan bijak, tidak bersikap boros dan seterusnya dapat mengelakkan mereka daripada tabiat berhutang.

    Sebagai umat Islam kita hendaklah membelanjakan rezeki yang diperoleh itu dengan bijak. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir orang yang berbelanja di luar kemampuan sendiri tanpa mengambil kira keperluan di masa hadapan. Perbelanjaan berhemat wajar di-
    praktikkan bagi menggelakkan sebarang pembaziran dan pembelian barangan hendaklah mengikut keperluan, bukan mengikut hawa nafsu.

    Sebagai persediaan kecemasan

    Tabiat menabung bukan sahaja dapat mendidik diri untuk lebih berjimat-cermat, tetapi apa yang paling penting ialah amalan itu dapat membantu kita ketika menghadapi situasi kecemasan dari segi kewangan tanpa perlu berhutang atau pun meminta bantuan daripada orang lain seperti jika berlaku keperluan mendesak bagi perbelanjaan pendidikan anak-anak, membaiki kereta rosak dan seumpamanya.

    Oleh itu, amalkanlah sikap suka menabung, semoga dengan cara demikian kita akan dapat mengukuhkan lagi ekonomi keluarga, masyarakat dan negara, demi menjamin masa depan yang lebih baik serta bebas dari bebanan hutang dan perkara yang sia-sia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...