Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Jimatkan air ketika berwudhu’

    Sambungan minggu lalu

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Oleh yang demikian, masjid boleh juga berperanan dengan mereka bentuk supaya pengaliran air (kederasannya) yang keluar daripada pili-pili paip air yang ada di tempat berwudhu’ dapat dihadkan pengalirannya sekira-kira yang difikirkan munasabah sesuai dengan amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sepertimana disebutkan sebelum ini supaya maksud menjimatkan penggunaan air semasa berwudhu’ dapat dicapai.

    Pendidikan pada peringkat awal sangat penting untuk menanamkan serta membudayakan sikap menjimatkan air semasa berwudhu’ khususnya bagi golongan kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Peranan sekolah-sekolah ugama adalah sangat besar dalam merealisasikan tujuan ini.

    Maka dari itu, tenaga-tenaga pendidik di sekolah-sekolah ugama, selain perlu bermula dengan diri sendiri supaya menjadi contoh dan ikutan terbaik, mereka juga hendaklah berusaha menanamkan budaya menjimatkan air semasa berwudhu’ pada diri kanak-kanak melalui latihan amali dan sebagainya.

    Ini kerana pendidikan pada peringkat awal seperti di sekolah-sekolah ugama ini merupakan platform terbaik dan terpenting bagi mendidik generasi baru kerana mereka ini sangat mudah dibentuk.

    Didikan pada peringkat ini sangat kuat kesan dan pengaruhnya kepada kanak-kanak kerana ia secara semula jadinya akan menjadi teras dalam pembentukan syakhsiah kanak-kanak tersebut.

    Masjid boleh juga berperanan dengan mereka bentuk supaya pengaliran air (kederasannya) yang keluar daripada pili-pili paip air yang ada di tempat-tempat berwudhu’ dihadkan pengalirannya sekira-kira yang difikirkan munasabah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...