Jimin senyap-senyap derma RM350,000

Dalam diam rupa-rupanya ahli kumpulan BTS iaitu Jimin telah memberi sumbangan kepada pertubuhan Rotary District 3590.

Memetik laporan Soompi, pihak pertubuhan tersebut mendedahkan Jimin telah menyumbang sebanyak lebih RM350,000 pada Julai lalu.

Malah, sumbangan tersebut dibuat atas nama bapa Jimin dan ia bertujuan untuk membantu kempen kesedaran vaksin kepada pesakit polio atau poliomyelitis.

Bagaimanapun Jimin atau pihak agensi pengurusannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Jimin sebelum ini pernah menyumbang kepada Busan High School of Arts, The Busan Metropolitan Office of Education, dan The Jeonnam Future Education Foundation. – Agensi

Secara diam-diam, ahli kumpulan BTS, Jimin telah memberi sumbangan kepada pertubuhan Rotary District 3590 sebanyak lebih RM350,000 pada Julai lalu. – Agensi