Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jin bakal sertai perkhidmatan ketenteraan

    Ahli paling tua BTS, Jin akan memulakan perkhidmatan ketenteraannya pada 13 Disember, menjadi ahli yang pertama dalam kumpulan itu untuk menyertai perkhidmatan tersebut, media tempatan melaporkan baru-baru ini.

    Semua lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan di bawah umur 30 tahun mesti menjalani perkhidmatan ketenteraan kira-kira dua tahun, terutamanya kerana negara itu secara teknikalnya masih berperang dengan Korea Utara yang mempunyai senjata nuklear.

    Ini bermakna, had umur semakin hampir untuk Jin yang berusia 29 tahun, ahli paling tua dalam kumpulan tujuh orang yang sangat popular.

    Dia akan memulakan latihan mandatori lima minggu di Yeoncheon di wilayah Gyeonggi sebelum ditempatkan ke ‘unit barisan hadapan’, lapor agensi berita Yonhap, memetik sumber tentera dan industri.

    Penyanyi itu sebelum ini pernah memberitahu di media sosial bahawa dia telah ditugaskan di barisan hadapan.

    Berita itu membuatkan peminat terkejut dan emosi, malah ada yang menyatakan kebimbangan tentang keselamatan Jin.

    “Hati saya benar-benar risau apabila saya membaca bahawa dia akan ditempatkan di barisan hadapan,” ciap seorang peminat sambil menambah, “Berita mengenai ketenteraan yang melibatkan BTS selama bertahun-tahun tidak pernah membimbangkan saya sehingga sekarang. Mengapa barisan hadapan? Mengapa?”

    Peminat lain berkata, “Saya tidak sangka mereka menghantarnya ke tempat paling menakutkan sebagai hukuman.”

    BTS telah membantu menjana berbilion-bilion dolar untuk ekonomi Korea Selatan, dan keuntungan mereka melonjak naik walaupun mengadakan beberapa konsert sahaja semasa pandemik COVID. – AFP

    Jin bakal menjadi ahli pertama BTS untuk menyertai khidmat ketenteraan Korea Selatan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...