Jin BTS teruja terima hadiah gitar

Ahli kumpulan BTS Kim Seok-jin menerima hadiah sebuah gitar daripada vokalis Coldplay iaitu Chris Martin selepas membuat persembahan kolaborasi dalam konsert Global Citizen.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Jin memberitahu dia hanya memuji bahawa gitar milik Martin kelihatan hebat dan menarik.

Tanpa diduga Chris Martin memberikan gitar tersebut kepada Jin.

“Gitar ini adalah hadiah daripada Chris Martin setelah selesai membuat persembahan.

“Dan dia dengan senang hati memberikannya kepada saya. Kawan yang sangat luar biasa! Saya akan menyimpannya dengan baik di rumah, itu akan menjadi harta pusaka saya. Terima kasih, Martin!,” tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, Chris Martin juga pernah menghadiahkan custom merchandise ketika bertemu kumpulan tersebut di Korea Selatan.

Untuk rekod, BTS dan Coldplay baru sahaja melancarkan sebuah lagu kolaborasi berjudul MyUniverse pada Jumaat. –Agensi

Jin teruja dapat hadiah gitar daripada Chris Martin. – Agensi