Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Jin-young buru gelaran LPGA di LA

    LOS ANGELES, 21 APRIL – Pemain nombor satu dunia, Ko Jin-young akan berusaha untuk bangkit daripada prestasi mengecewakan dalam Kejohanan Chevron pada bulan lepas apabila dia beraksi dalam LPGA di Wilshire Country Club di Los Angeles hari ini.

    “Saya tidak pernah bermain dengan baik di Chevron jadi saya perlu memperbaiki sesuatu untuk pukulan saya, jadi saya berlatih dengan bersungguh-sungguh,” kata bintang Korea Selatan itu, yang menamatkan saingan dengan berkongsi kedudukan ke-53 dalam kejohanan utama pertama tahun ini di Rancho Mirage, California.

    Ia adalah keputusan LPGA terburuknya sejak terikat seri kali ke-60 pada Kejohanan Evian 2021 dan ia amat mengecewakan sejak dia memenangi gelaran utama pertamanya di Mission Hills di Rancho Mirage, yang menganjurkan kejohanan berprestij tersebut buat kali terakhir.

    Tetapi Ko berkata pada minggu ini bahawa usaha untuk memperbaiki pukulannya sedang membuahkan hasil.

    Dia menaruh harapan penyelarasan tersebut mampu bertahan apabila dia kembali menyertai Terbuka LA, di mana dia telah menamatkan saingan di lima tempat teratas setiap tahun sejak kejohanan tersebut bermula pada 2018. – AFP

    Gambar fail 29 Mac 2022 menunjukkan aksi Ko Jin-young melakukan pukulannya semasa Kejohanan Chevron di Rancho Mirage, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...