Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Jinq Eng sumbang emas

NEW CLARK CITY, FILIPINA, 10 DIS – Penerbangan lebih 17 jam dari Indiana, Amerika Syarikat ke Manila tidak sia-sia bagi perenang elit wanita negara, Phee Jinq Eng apabila berjaya menyumbang dua pingat emas dan satu gangsa pada temasya Sukan SEA ke-30 di sini hari ini. Perenang berusia 18 tahun itu, yang mengikuti pengajian dalam jurusan pemasaran dan pengurusan di Purdue Unversity, Indiana, berkata beliau amat teruja dengan pencapaian itu selepas gagal menunjukkan peningkatan di pertandingan antarabangsa sejak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Malah, beliau memenangi acara kegemarannya, 100 meter (m) kuak dada dengan rekod baharu Sukan SEA iaitu 1:08.50 saat (s), sekali gus memperbaiki rekod yang diciptanya di Kuala Lumpur, dua tahun lalu dengan kelebihan 0.10s.

Sebelum ini, Jinq Eng mencipta rekod kebangsaan iaitu 31.46s pada Sukan Asia Palembang-Jakarta pada 2018.

“Saya bersyukur kerana berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dan juga rekod Sukan SEA,” katanya kepada pemberita selepas acara renang melabuhkan tirai hari ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -