Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    JIPK tanam 100 anak pokok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Sebanyak 100 pohon anak pokok ditanam semasa acara penanaman pokok bersempena memperingati penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) ke-64 yang berlangsung di kawasan letak kereta, Ibu Pejabat JIPK, Jalan Menteri Besar, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JIPK, di sini, hari ini, hadir selaku tetamu kehormat pada acara bertemakan Green Protocol Eco System Restoration itu ialah Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan serta kakitangan JIPK, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Pendaftaran Kebangsaan Kanan, Awang Hafizulnizam bin Haji Kahar serta diteruskan dengan sesi bergambar ramai bersama Haji Azmi dan kakitangan jabatan.

    Aktiviti penanaman pokok dilancarkan dengan penanaman pokok oleh Haji Azmi serta diikuti dengan acara menanam pokok beramai-ramai dengan mengikut pembahagian dan zon-zon serta lokasi yang telah ditetapkan di kawasan JIPK.

    Haji Azmi menanam pokok semasa acara penanaman pokok yang berlangsung di kawasan letak kereta Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, kelmarin. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...