JIS semarak Hari Kebangsaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), hari ini, telah mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 yang berlangsung di depan bangunan perpustakaan JIS.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIS, majlis dihadiri oleh sekumpulan besar pelajar Brunei dan antarabangsa serta tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran JIS.

Pengetua JIS, Nicholas Sheehan dalam ucapannya antara lain menyatakan rasa berbangga untuk menyertai majlis berkenaan.

“Kami terutamanya berbangga bahawa majlis menaikkan bendera tahunan ini dipimpin oleh pelajar-pelajar menengah,” tambahnya.

Majlis telah didahului dengan ucapan ringkas daripada ketua pelajar perempuan, Alex Norris dan ketua pelajar lelaki, Sheng Kai kemudian, pelajar Brunei, Awang Wa’ie Adanan membaca doa bagi memulakan majlis.

Dua orang pelajar dari Majlis Sekolah Menengah, Fateenah Chin dan Hana Sufri seterusnya menjelaskan sejarah Sambutan Hari Kebangsaan Brunei serta tema sambutan tahun ini, sebelum lagi kebangsaan dinyanyikan oleh Orkestra JIS sementara bendera dinaikkan.

Bendera kebangsaan dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan oleh Orkestra JIS. – Gambar serahan JIS