Jisoo nafi ada hubungan dengan Son Heung-min

Agensi YG Entertainment menafikan penyanyi juga anggota BLACKPINK, Jisoo, 26, dan pemain bola sepak Son Heung-min, 29, menjalin cinta.

Dalam kenyataannya, mereka perlu meleraikan khabar angin terbabit disebabkan ia semakin tersebar luas.

“Kami ingin menyatakan dengan tegas bahawa semua khabar angin Jisoo bercinta adalah tidak benar. Agensi kami sedang memantau situasi ini dengan berhati-hati.

“Bagaimanapun, disebabkan dakwaan itu sudah tersebar ke peringkat antarabangsa, kami bimbang kerana ia mampu mencalar reputasi artis kami.

Jadi kami ingin beri pencerahan berhubung kekeliruan itu.

“Kami memohon agar semua berhenti daripada terus membuat spekulasi tidak berasas,” demikian penjelasan agensi berkenaan.

Jisoo dan Son Heung Min mula didakwa bercinta pada September 2019 sewaktu penyanyi itu dilihat hadir perlawanan bola sepak di England.

Kedua mereka turut memakai gelang serupa.

Kemudian, khabar angin percintaan mereka kemudian mula bertebaran selepas keduanya pulang Korea pada hari sama dari Perancis. – Agensi

Jisoo nafi bercinta dengan pemain bola sepak, Son Heung-min. – Agensi