Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    J&J gantung pengeluaran vaksin COVID-19

    NEW YORK, 9 FEB – Johnson & Johnson (J&J) buat sementara waktu telah menggantung pengeluaran di sebuah kilang menghasilkan vaksin COVID-19, lapor New York Times semalam.

    Kilang di bandar Belanda Leiden itu menghentikan pengeluaran pada akhir tahun lalu, menurut laporan, yang memetik individu yang rapat dengan keputusan itu.

    J&J, tanpa mengesahkan atau menafikan laporan, berkata ia telah memenuhi komitmen penghantaran, kata jurucakap syarikat.

    Kilang itu, yang kini menghasilkan vaksin uji kaji, dijangka meneruskan pengeluaran vaksin COVID-19 sekali lagi dalam ‘beberapa’ bulan, lapor Times.

    J&J buat masa sekarang mempunyai ‘jutaan dos vaksin COVID-19 dalam inventori,’ menurut jurucakap J&J.

    “Kami terus memenuhi tanggungjawab kontrak kami berhubung fasiliti Covax dan Kesatuan Afrika,” kata jurucakap syarikat.

    J&J meramalkan jualan AS$3 bilion hingga AS$3.5 bilion pada 2022 untuk vaksin COVID-19, jauh lebih rendah daripada AS$32 bilion yang diramalkan Pfizer untuk tempoh yang sama.

    Namun vaksin J&J telah dicari-cari di negara membangun disebabkan, tidak seperti opsyen lain, ia tidak memerlukan penghantaran pada suhu amat sejuk. Juga, vaksin itu pada asalnya dianggap sebagai inokulasi satu dos.

    Kilang tambahan sedang dilengkapi untuk menghasilkan vaksin, namun pengeluaran tidak dijangka sehingga akhir musim bunga, kata Times. – AFP

    Gambar fail menunjukkan bebuli dan picagari vaksin Johnson & Johnson di klinik vaksinasi Bandar Culver, Californoa. Johnson & Johnson telah menggantung pengeluaran vaksin COVID-19 buat sementara waktu, lapor New York Times kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...