Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    JKDM rampas rokok seludup bernilai RM1.18 juta

    TUMPAT, 5 NOV – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kelantan menahan seorang pemandu lori bersama rokok putih seludup bernilai RM1.18 juta termasuk cukai di Kota Bharu pada 24 Oktober lepas.

    Pengarah Kastam Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata lelaki warga tempatan itu ditahan selepas sepasukan anggota cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor mengekorinya sejauh 10 kilometer.

    “Selepas mengekori lori bonded yang dipandu suspek bermula dari Palekbang, Tumpat, lelaki berumur 48 tahun itu ditahan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

    “Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori menemukan 156 peti rokok putih mengandungi 1,560,000 batang rokok dianggarkan bernilai RM140,400 dan jumlah cukai sebanyak RM1,034,640,” katanya pada sidang media di Pejabat Penguatkuasa Kastam Pengkalan Kubor, hari ini.

    Mengulas lanjut, Wan Jamal Abdul Salam berkata hasil siasatan mendapati suspek mengambil upah RM550 bagi membawa rokok terbabit dari Kelantan untuk pasaran Lembah Klang.

    “Rokok berkenaan dipercayai diseludup masuk melalui perairan laut dari negara jiran sebelum dibawa menggunakan lori bonded bagi mengaburi pihak penguat kuasa,” katanya dan menambah suspek telah direman selama 10 hari. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...