Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKDM Sabah kutip RM1.5 bilion hasil cukai

    TAWAU, 26 Jan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mengutip RM1.5 bilion hasil cukai tahun lalu dengan RM277 juta disumbangkan Kastam Tawau.

    Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian Pematuhan) Datuk Abdul Aziz Mat Noor berkata JKDM Sabah juga menjangka dapat meningkatkan kutipan hasil cukai tahun ini susulan pertambahan bilangan pegawai.

    Selain itu, JKDM juga akan memperluas perkongsian pangkalan data dengan agensi kerajaan lain serta badan perniagaan di dalam dan luar negara bagi memperkukuh sistem kutipan hasil, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Kastam Sedunia Peringkat Sabah, di sini hari ini.

    Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata kastam akan mempertingkat usaha menangani penyeludupan melalui pengupayaan pegawai dan anggota selain meletakkan mesin pengimbas di setiap pelabuhan di negara ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda