JKM Labuan harap lebih ramai tampil hulur bantuan

LABUAN, 10 APRIL – Jabatan Kebajikan Msyarakat Labuan merayu kepada pemain korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu di pulau bebas cukai ini supaya meningkatkan sumbangan bagi membantu lebih 4,200 penduduk sini yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Pengarahnya Ansharey Matarsad berkata sumbangan itu akan banyak membantu mereka yang pendapatan ha-rian terjejas akibat PKP, meneruskan kehidupan dalam suasana persekitaran yang amat mencabar kini.

“Kita ada lebih lebih 4,200 pemohon bantuan yang mengharapkan belas ihsan bagi mendapatkan barang-barang keperluan untuk kelansungan hidup semasa PKP, kami percaya semua mereka ini adalah dari kalangan yang sebelum ini meraih pendapatan secara kerja harian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan barang-barang keperluan dari kumpulan Yuwang Group Labuan serta syarikat-syarikat sekutunya di pejabat JKM di sini hari ini.

Beliau berkata JKM bertanggungjawab menyelaras pengagihan bantuan di saping memastikan semua sumbangan disalurkan hanya kepada mereka yang benar-benar layak sahaja. Ansharey berkata setakat ini pihaknya telah menyampaikan bantuan kepada 1,800 penduduk Labuan yang memerlukan. – Bernama

Sumbangan yang telah disampaikan kepada para pekerja barisan hadapan di Labuan. – Bernama