Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    JLo, Ben Affleck kahwin mengejut di Las Vegas

    Selepas mengumumkan pertunangan pada April lalu, pasangan Jennifer Lopez dan Ben Affleck mengejutkan peminat apabila melangsungkan perkahwinan di Las Vegas kelmarin.

    Tanpa sebarang majlis yang gah dan persiapan rapi, pasangan berkenaan berkahwin dan bertukar ikrar di sebuah gereja bersama beberapa pasangan lain.

    “Selama 20 tahun penuh sabar, itu yang kami mahukan. Semalam kami ke Las Vegas dan beratur dengan pasangan lain untuk bernikah.

    “Apabila cinta itu benar, perkara paling utama adalah perkahwinan dan perjanjian untuk saling menyayangi, memahami, sabar serta menjadi lebih baik untuk satu sama lain. Malam yang cukup indah buat kami,” ujar Jennifer.

    Jennifer atau JLo mengenakan gaun putih yang telah lama disimpan dan menukar busana tersebut di dalam sebuah bilik persalinan sementara Ben pula hanya bersiap di tandas.

    Pasangan itu pernah bercinta pada 2002 namun mereka berpisah pada tahun 2004.

    Selepas hampir 18 tahun berpisah, pasangan ini kembali menjalinkan hubungan cinta. – Agensi

    JLo (kanan) dan Ben akhirnya berkahwin selepas 18 tahun berpisah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...