Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    JMK terbitkan dua buku baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Pengumpul buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) dan orang ramai, kini berpeluang menambah dua lagi koleksi buku baharu iaitu Fatwa Mufti Kerajaan 2021 dan Irsyad Hukum 2021.

    Buku-buku tersebut sedikit sebanyak dapat menjawab pelbagai persoalan hukum yang menyentuh mengenai kehidupan harian umat Islam.

    Antara lain tujuan penghasilan buku-buku berkenaan adalah agar kehidupan umat Islam akan sentiasa terpimpin dan terpandu di atas landasan yang betul dan diredai oleh Allah SWT.

    Fatwa Mufti Kerajaan 2021 memuatkan sebanyak 22 siri fatwa yang telah difatwakan oleh Mufti Kerajaan sebagai jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang dihadapkan oleh pelbagai pihak daripada orang ramai, institusi dan orang perseorangan.

    Antara perkara yang disentuh adalah bolehkah sembahyang ghaib ke atas jenazah pesakit COVID-19? Kedudukan hukum suntikan vaksin COVID-19 ketika berpuasa dan memakai pelitup muka semasa ihram, dan lain-lain persoalan menarik yang difatwakan untuk rujukan dan panduan kehidupan.

    Sementara itu, buku Irsyad Hukum 2021 pula menghidangkan berbagai-bagai isu dan perkara yang berkaitan dengan akidah, ibadat, muamalat, ahwal syakhsiyyah, haiwan, faraid, perundangan, siyasah syariah, akhlak, doa, wirid dan zikir.

    Isu atau perkara yang diketengahkan itu dihasratkan untuk dapat membimbing masyarakat Islam lebih memahami hukum-hakam Islam dalam melaksanakan aktiviti kehidupan harian mereka dengan sempurna.

    Kedua-dua buku itu diharap akan terus dapat memberikan manfaat dan menyumbang ke arah peningkatan ilmu para pembaca tentang hukum-hakam Islam dan buku-buku tersebut boleh didapati di kedai buku JMK.

    Buku-buku terbitan JMK, Fatwa Mufti Kerajaan 2021 dan Irsyad Hukum 2021.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...