Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    JO lakar sejarah raih sijil IECEx

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 18 MEI – Syarikat Joffren Omar Sdn Bhd (JO) telah melakar peristiwa bersejarah menjadi syarikat tempatan pertama yang menerima pensijilan untuk International Electrotechnical Commission for Explosive Atmospheres (IECEx) sebagai sebuah kemudahan perkhidmatan yang diperakui.

    Pensijilan tersebut bermakna JO memenuhi piawaian antarabangsa untuk melaksanakan perkhidmatan ke atas peralatan yang terletak dalam persekitaran berbahaya atau mudah meletup dengan selamat dan berkesan, melalui kecekapan kakitangan, peralatan, sistem pengurusan dan prosedur yang diperlukan.

    Oleh itu, ini membantu membolehkan mereka memainkan peranan dalam operasi keselamatan di Brunei Darussalam, khususnya pada sektor ekonomi dalam industri minyak dan gas. Di samping itu, ia turut meningkatkan kesedaran tentang keselamatan persekitaran yang berbahaya dalam sektor perindustrian.

    Sehubungan itu, sebagai sebuah syarikat tempatan yang dikendalikan oleh warganegara Brunei Darussalam sendiri, JO berbangga kerana telah menyumbang kepada pembangunan perniagaan tempatan dengan memberi tumpuan kepada nilai-nilai yang selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dalam mewujudkan tenaga kerja yang dinamik dan berkemahiran tinggi.

    Semasa ditemui oleh media, Pengarah Urusan JO, Pengiran Mohd Noor Joffren bin Pengiran Omar berkata bahawa beliau amat berbangga dengan organisasi dan ahli pasukan yang bekerja keras untuk mencapai pensijilan berkenaan.

    Kakitangan JO semasa melakukan tugas-tugas perindustrian. – Gambar serahan Joffren Omar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...