JoaquinPhoenix desak bebaskan tahanan penjara

Pelakon JoaquinPhoenix mendesak gabenor New York untuk membebaskan sebilangan tahanan penjara memandangkan penularan wabak Covid-19 yang sedang berlaku semakin serius.

Memetik laporan Dailymail, Joaquinmemberitahu tiada sesiapa yang layak meninggal dunia di dalam penjara akibat dijangkiti virus tersebut.

“Saya mahu Gabenor New York, Andrew Cuomo untuk mengambil tindakan dengan memberikan pertimbangan kepada warga New York yang berada di dalam penjara.

“Banyak kehidupan yang bergantung atas tindakannya. Tidak ada yang layak mati di penjara akibat Covid-19,” katanya.

Perkara itu disampaikan menerusi sebuah video di akaun kempen Release Aging People in Prison di laman Twitter.

Menerusi video itu, Phoenix berkata penyebaran wabak Covid-19 di dalam penjara akan menjadi sebuah ancaman bagi semua masyarakat di Amerika Syarikat.

“Ketika anda berada di dalam penjara, tidak ada penjarakan sosial dan perlu memastikan kebersihan dengan baik.

“Pemimpin mesti melakukan semua perkara yang mungkin, untuk memastikan tahanan dan mereka yang bekerja di penjara dalam keadaan baik, tidak sakit dan tidak menyebarkan wabak itu,” katanya. – Agensi

Joaquin mahu Gabenor New York bebaskan tahanan penjara. – Agensi