Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Joe Alwyn, Taylor Swift enggan kongsi kisah cinta

    Jarang dilihat bersama-sama di mana-mana acara atau tempat awam, pasangan Joe Alwyn dan Taylor Swift ada alasan sendiri mengapa mereka tidak terlalu berkongsi kisah cinta.

    Menurut Alwyn, dalam kehidupan sekarang ini, manusia sentiasa mahukan lebih dari apa yang diberi.

    Justeru itu, dia bimbang jika peminat akan sentiasa ambil tahu lebih lanjut cerita mereka meskipun ia terlalu peribadi atau tidak mahu diceritakan.

    “Bukan bermaksud saya terlalu menyimpan kisah peribadi, namun respons yang diterima membuatkan saya senang berdiam.

    “Kita hidup dalam budaya di mana orang sentiasa mahu tahu tentang kisah seseorang.

    “Apabila terlalu memberi, orang mahukan lebih lagi dan mungkin akan ambil tahu tentang perkara yang tidak diceritakan,” ujarnya seperti yang dipetik dari Elle. – Agensi

    Alwyn dan Swift jarang sekali mengongsikan kisah cinta mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...