Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Joe Biden tersandung di majlis graduasi Akademi Tentera Udara AS

    WASHINGTON, 2 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden terjatuh di pentas majlis graduasi di Akademi Tentera Udara AS di Colorado hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Biden cuba kembali ke tempat duduknya ketika upacara hampir berakhir sebelum tersandung objek berupa karung berisi pasir.

    Seorang pegawai Tentera Udara dan dua ejen Perkhidmatan Rahsia segera mendapatkan presiden dan membantunya berdiri.

    Setiausaha akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, kemudian memberitahu wartawan bahawa presiden itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tersenyum lebar ketika menaiki Air Force One.

    Sebelum ini, Biden pernah tersandung semasa menaiki tangga lapangan terbang semasa menaiki Air Force One, beberapa bulan selepas dilantik sebagai presiden pada 2021 dan sekali lagi semasa berlepas dari Warsaw awal tahun ini.

    Bekas presiden Donald Trump, 76, cuba menjadikan umur Biden sebagai isu kempen 2024. – Bernama

    Presiden AS, Joe Biden jatuh semasa majlis graduasi di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat, hanya di utara Colorado Springs di El Paso County, Colorado, pada 1 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...