Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Joe Flizzow janji konsert solo pertama

    Dengan pengalaman lebih dua dekad merintis muzik hip hop Malaysia, Joe Flizzow buat julung kali bakal mementaskan konsert solo, Joe Flizzow – This is Johan Live In Concert di JioSpace, Petaling Jaya pada 15 Julai depan.

    Menjanjikan kelainan pada konsert yang dibawa JioBuddy dengan kerjasama Altus ProHouse itu, Joe mahu menyampaikan rangkaian lagu daripada album terbaru berjudul Johan, secara langsung buat kali pertama.

    Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak, 44, berkata konsert solonya itu diharap mampu meninggalkan memori buat peminat yang sudah lama menantikannya.

    Malah, akui penyanyi yang terkenal dengan jolokan The President itu, peluang mementaskan konsert solo itu dianggap penghormatan besar buat karier muziknya.

    Mengulas pengisian konsert, Joe yang meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-29 menerusi single duet bersama SonaOne berjudul Apa Khabar, memberitahu, sebanyak 30 lagu, termasuk kolaborasi bersama penyanyi popular lain, akan dipersembahkan.

    “Selain buah tangan daripada album baharu, lagu popular seperti Sampai Jadi, CIAO, Satu Malam Di Temasek, Sang Saka Biru dan Kongsi sudah tentu dinyanyikan.

    “Apa yang menarik, saya ada beberapa artis jemputan yang bakal menghangatkan lagi konsert seperti SonaOne dan Alyph.

    “Jika konsert ini berjaya, ia akan menjadi permulaan untuk saya lancarkan siri jelajah atau konsert berskala besar pada masa akan datang,” katanya.

    Sepanjang lebih 10 tahun bergerak solo, Joe pernah muncul dengan dua album iaitu The President yang dilancarkan pada 2008 dan Havoc (2013). – Agensi

    Joe Flizzow berharap konsert solo mampu meninggalkan memori buat peminat yang sudah lama menantikan persembahan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...