Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    JOGB anjur perkumpulan pertama tahun 2022

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Sebagai pembuka tirai tahun 2022, Jeep Owners Group Brunei (JOGB) mengadakan lawatan dan perkumpulan pertama untuk 2022 di Pantai Seri Kenangan Tutong, hari ini.

    Acara GHK2022 JOGB Topless Breakfast Gathering itu bertujuan menyambut tahun baharu bersama ahli JOGB dan keluarga mereka setelah beberapa bulan tidak mengadakan aktiviti disebabkan penularan gelombang kedua COVID-19 pada tahun 2021.

    Penyelaras aktiviti JOGB, Awang Halim berkata, “Perhimpunan ini adalah sebagai menandakan bermulanya aktiviti tahun ini di mana kumpulan akan melakukan aktiviti tahunan iaitu aktiviti off-road dan konvoi amal, beriadah bersama keluarga serta program mendekati masyarakat.”

    “Bagi aktiviti off-road, buat masa ini kami hanya membuat perancangan untuk mengadakannya di dalam negara tapi jika sekatan sempadan telah ditarik balik, kami akan mengadakan pemanduan ke negara jiran Sabah dan Sarawak tertakluk kepada situasi pandemik di kedua-dua negara tersebut, “ jelasnya.

    Semasa perhimpunan sarapan pagi itu, ahli JOGB juga berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah beberapa bulan tidak bertemu dan dalam aktiviti tersebut mereka berpeluang mempamerkan kenderaan Jeep dan sesi perkongsian maklumat terkini berkaitan dengan Jeep.

    JOGB sangat aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan acara sejak ia ditubuhkan beberapa tahun lalu dan sebagai pengedar sah kenderaan Jeep di negara ini, GHK Motors telah banyak menyokong aktiviti mereka khususnya yang melibatkan CSR termasuk sesi perhimpunan ini.

    Suasana perhimpunan sarapan pagi JOGB di Pantai Seri Kenangan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...