Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Johan As’ari sedia kahwini wanita Perlis

    Tiga tahun menjalinkan hubungan jarak jauh, pelakon Johan As’ari mengakui dia sememangnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang menetap di Perlis.

    Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari berharap peminat dapat mendoakan agar hasratnya untuk berkahwin dimakbulkan. Bagaimanapun, pelakon berusia 35 tahun ini enggan terlalu berkongsi mengenai perkara itu kerana bimbang ia putus di tengah jalan seperti sebelum ini.

    “Saya memang ada perancangan untuk berkahwin… Insya-Allah, doakan untuk saya, betul-betul nak kahwin. Calonnya dah ada, Insya-Allah. Masih lagi orang yang sama. “Cuma, dia jauh di Perlis dan kami menjalinkan hubungan jarak jauh. Sebenarnya, saya nak bercerita lebih mengenai kahwin ini, takut juga tak menjadi.

    “Sebab sebelum ini, saya pernah nak cakap nak kahwin tapi asyik tak jadi… tu yang saya jadi segan. Lebih baik saya kata doakan saya moga-moga inilah jodoh saya,” katanya kepada mStar.

    Sebelum ini, Johan pernah mengakui dia sudah mempunyai calon isteri yang direstui keluarga dan bersedia untuk melamar kekasihnya yang juga ahli perniagaan itu.

    Enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Johan bagaimanapun memberitahu kekasihnya itu seorang yang memahami dan bersikap berdikari. Dalam pada itu, pelakon drama Juvana ini memberitahu hubungan dia dan wanita itu tidak seperti pasangan bercinta namun masing-masing sudah matang untuk membuat keputusan dalam soal jodoh. – Agensi

    Johan akui masih menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan Perlis. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...